Sisipan Mutiara Kata dari Haruman Syurgawi






Sisipan Mutiara Kata dari Haruman Syurgawi


Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan 
dan keamanan

Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan 
pecah. 

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam 
kehinaan. 

Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan 
banyak tapi diiringi dengan riak. 

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada 
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. 

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari 
batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak 
seperti sutera. 


Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang 
tingginya enam kaki. 


Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu 
mengecewakan agama. 

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal 
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. 
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di 
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. 

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. 
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. 
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan 
kebahagiaan. 

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung 
sehingga ia mula bercakap kosong 

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan 
berkembang jika ianya digunakan. 

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. 
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada 
Yang Maha Berkuasa. 

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun 
kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya. 

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia 
itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. 

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua 
untuk bertaubat. 

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan 
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. 

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata 
terbuka belum bererti ia melihat. 

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat 
berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas 
rindu dan hanya layak dibuat kayu api. 

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada 
melaksanakan sepotong pesanan. 

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-
kadang menumpahkan darah.

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua 
akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis 
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda. 

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah 
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang. 

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang 
diimaginasi. 

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. 
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. 
Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia 
membawa kita ke jalan Allah. 

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca 
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana 
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana 
berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana 
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda 
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu 
beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan 
jiwa. 

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang 
mengelakkannya kerana takut padaKu, 
maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya 
dalam hati... 

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang 
bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa" 

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita 
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup" 

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; 
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana 
Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan 
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia. 

" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. 
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. 
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. 
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, 
itu adalah mulia dan terpuji." 
(La Roche) 

"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair" 


"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan 
perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. 
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan" 

" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh 
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah 
menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan 
kenyataan"

" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji 
keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut 
kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)

Hadiah Terbaik 


Kepada kawan - Kesetiaan 
Kepada musuh - Kemaafan 
Kepada ketua - Khidmat 
Kepada yang muda - Contoh terbaik 
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. 
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan 
Kepada manusia - Kebebasangal 


" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi 
merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan" 

" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup 
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain." 

" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-
lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat" 

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang 
menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu 
satu masa yang ditinggalkan". 

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan 
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat 
yg telah dicari" ( Saidina Ali) 

" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda 
yg diwarisi dari nenek moyang" (Saidina Ali) 

"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman 
dan mati tak berteman.." 

" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan 
menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan 
mempedulikanmu" 

"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya 
sendiri" 


"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan 
orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan." 

"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya 
kita akan terkejut dengan hasilnya." 

"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi 
kita sering kali ingat apa yang orang lain ada." 

"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa 
yang kita berikan padanya." 

"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi 
terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai 
yang tertinggi." 

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang 
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai 
peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita 
kembali semula kepada Ilahi." 

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut 
kesempatan yang menjelma." 

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang 
dari semangat yang tidak pernah mengalah." 


"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak 
melakukan perkara yang betul." 

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa 
melakukan yang terbaik." 

"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa 
jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."