:. KENALI SAYA .:


Nama di beri MOHD NAZARUDDIN BIN YAACUB . Dilahirkan pada tanggal 6 April 1991 di daerah BALING . Anak ke - 6 dari 8 beradik . Beliau dibesarkan di KUPANG ,BALING , KEDAH dan mendapat pendidikan awal di SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG KETIL,KUPANG . Kemudian beliau melanjutkan pengajian di peringkat menengah di MAKTAB MAHMUD BALING dari tingkatan  1 sehingga tamat SPM pada tahun 2008 . Belum pun tamat pengajian , beliau melanjutkan pelajaran di SMA DINIAH ISLAMIAH , KUPANG bagi mendapatkan SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA pada tahun 2009 . ALHAMDULILLAH ,dengan berkat doa ibu bapa dan semangat beliau dalam bidang agama , beliau telah mendapat pangkat JAYYID JJIDDAN dalam peperiksaan itu . Setelah tamat pengajian di peringkat menengah , beliau terus mengangkat kaki ke kota metropolitan KUALA LUMPUR pada penghujung 2009 . Dengan berbekalkan sedikit wang saku , beliau bertekad untuk mencari kerja di sana  tanpa pertolongan saudara mara terdekat . Kuasa ALLAH meliputi segala - galanya ,dalam masa seminggu , beliau telah berjaya mendapatkan kerja di sana . Kerja yang di naungi oleh salah sebuah syarikat terkemuka ( DESATERA ) itu adalah sebuah syarikat yang membuat catering di KEM TENTERA kawasan K.LUMPUR , N.SEMBILAN DAN JOHOR . Di tempat beliau bekerja adalah kem pusat pertahanan negara . Pada awalnya , beliau di tugaskan untuk membasuh pinggan dan buang sampah saja , tapi setelah lama beliau bekerja di situ dan mempunyai prestasi kerja yang bagus , beliau dinaikkan pangkat ke LEADER SEARVICES di situ . Tugas beliau ketika itu bukan lagi membasuh pinggan , tapi menjadi ketua kepada budak2 serve di situ . Kehidupan beliauu di sana tak seperti orang lain yang "mata duitan " malah kehidupa beliau tidak lari dari kehidupannya di kampung . Dengan berbekalkan iman senipis kulit bawang saja , beliau berjaya mengekang segala keinginan hawa nafsu di ibu kota . Setelah 3 bulan belliau membanting tulang di sana , tiba lah masanya untuk beliau meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi . Setelah menempuh pelbagai onak dan duri ibu kota , beliau pulang ke negeri asalnya dan terus melanjutkan pengajian di KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH dalam bidang BAHASA ARAB . Selain itu , beliau juga turut bergiat dalam persatuan . Sekembalinya beliau ke KEDAH , beliau sering saja mengikuti program UNIT AMAL @ JABATAN AMAL sehingga sekarang . Dengan semangat yang jitu untuk mengembalikan biah solehah di kalangan remaja ,beliau juga turut di panggil ke sebuah kem yang menampilkan remaja - remaja di luar sana . ALHAMDULILLAH , sampai ke hari ini , beliauu di beri peluan untuk terus bergiat dalam bidang ini .....sekian dulu dari admin ...
doakan supaya istiqamah dalam perjuangan islam ...